.

FOLLOW, FOLLOW, FOLLOW klik sini yerr ^^,

semua cerita-ceriti di dalam blog Tentang ZUWAIRI adalah berkisar tentang kisah yang aku alami dalam hidup aku yakni kisah-kisah benar semua. aku bukan mahu tarik publisiti murahan ke hape, tapi aku sekadar ingin berkongsi Tentang AKU!

Tuesday, January 31, 2012

ahem ahem hacchum!
hello friends~ ^^,

wah wahh wahhhh. zuwairi dah balik.
lama dah tinggal rumah usang ni.
tak tahu dah ape yang jadi dengan blog ni.
rase2nye last update 6 bulan lepas kutt.

wallahweii~ 
dulu kemain nak buat blog tapi tinggal macam tu jer.
al-maklum la bukan bidang aku menulis menulis ni.
bukan aku pandai pun nak bercerita.
tapi bila bukak balik blog lame ni, aduhai, kesian lak.
huahahaha~

first of all,
salam kembali kepada rakan2 blogger.
lama tak update, lama tak follow korang.
sibuk la katekann. hehehh.
hidup degree ni tak semudah yang disangka.
banyak keje. lagi2 ade bini. ecece.

bini?? haha. 
bukan lah, maksud aku orang kanan dalam hidup la.
semenjak dua menjak ni banyak dah berubah.
banyak sangat.
mula2 perit. pastu dingin. pastu hampeh.
huih. bukan main susah ye nak dapat kebahgiaan ni.

tapi, Alhamdulillah sekarang aku dah rase tenang.
tenang dah bahgia berada di sisi orang kanan. ^^,
memang la berat nak dapat semua ni.
pandangan orang ni macam2 la kan.
ade kite betul, ade kita salah.
tapi yang menangungnye bahu ni, bukan bahu dorang kan kan?

ape yang aku harapkan hanye la yang terbaik buat semua.
bukan aku saje, tapi semua. harap korang pun faham la.

aikk,, tetiba nak tulis ni pastu nak komen2.
ahahah~ do i care. so read it if you want. ^^,

secondly,


i think some of you know her. 
she's the love of my life ^^,

memang betul ape yang korang fikir.
kisah dulu hanya kisah dulu setelah berhempas pulas dan huru hara.
tapi jodoh bukan kita yang tentukan kan?
so Insyaallah aku merancang, Tuhan yang tentukan.
moga ini yang terbaik okay? ^^,

dan sekarang, biarlah secara rasminya,
aku nak kenalkan korang dengan orang kanan hidup aku.
Adilah Arma nama secantik tuannya.

dia la penyeri hidup aku, 
penguat semangat aku,
tempat aku nak mengadu, merajuk,
ahahak!

dia hanya insan biasa, 
tapi bagi aku dia la pelengkap hidup aku.
penghujung cinta aku.

hidup bukanlah hanya untuk mengejar cinta.
aku juga mahu mengejar cita-cita.
dan aku tahu, dia mampu jadi tulang belakang aku.
bukan saje tulang belakang, tulang belikat, tulang-temulang semua2 lahh.
dia sentiasa dekat dengan aku.
xpernah tinggal jauh pun.
kalau tinggal jauh pun, pegi bintong je la.
bukan bintang, tapi bintong, kangar. haha.
korang tak faham, pandai2 la faham ye.

semoga apa yang aku ada sekarang akan kekal hingga ke akhir hayat.
saya sayang awak! ^^,

third,

hidup tuan tanah ni.
semakin hari aku rasa semakin tabah. 
semakin bahagia.
semakin kuat.
semakin mampu untuk hidup. 
dan semakin bersyukur kerana aku mampu jadi seperti sekarang.
^^,

walau apa jua cabaran yang datang,
aku semakin matang untuk tempuhi semua.
aku semakin yakin dengan diri aku bahawa aku mampu.

tak semua cabaran datang dengan baik kan.
tapi Insyaallah aku mampu kendalikannya dengan baik.
macam aku cakap kan,
hidup ini tak mudah.

ape yang aku harapkan, 
keadaan akan kekal macam ni dan akan selalu bertambah baik.

kepada rakan2 yang menyokong, membantu aku,
terima kasih daun keladi aku ucapkan.

dan kepada rakan2 yang merasakan diri aku ni banyak perlu diperbetulkan,
ajarlah aku, tunjukkan aku jalan yang baik,
bukan hanye cakap belakang.

lastly,
with a strong will,
a brave heart,
a pure love,
a nice attitude,
and u, Adilah Arma, my dear,
i will pursuit my goal to be a better person,
and regain a blessed life,
and to be a better man! ^^,

thanks for reading. ;)


Sunday, July 3, 2011

00:49

Assalamualaikum.

di malam yang hening ni, ada pulak idea bertandang.
lagi pun, aku jarang jarang update kan.
ni la masa aku nak tambah isi baru dalam blog.

bercakap pasal blogger ni kan,
betol ke kat malaysia ni, blogger paling ramai jumlahnya?
aku dengar dengar mase digi woww awards hari tu la.
wooowww~ biar betol.
malaysia bukan la besar sangat nak dibandingkan dengan amareka.
betol tak? takkan rakyat kat sana tak suka buat blog kot.
lagi pon, internet dorang lagi advance kut! hurm~

tapi la kan, aku tetap bangga la ngan rakyat malaysia ni. haha~
malaysia pon baru nak update dan advance dalam bidang ni kan.
ok ape. pakat pakat memeriahkan dunia tenet kita ni.
ekekekee~

malam ni saja pon da bertimbun orang buat blog.
salah satu nya member aku. nak aku ajar nak ubah template.
gambatte! hahaha~ ade blog nanti, bagi la link kat aku.
aku tak suka baca sangat blog. tapi aku suka tengok gadget.
bhahahahaha~

tak kisah la kan. gadget best, aku cilok. kehkeh~
boleh kannn~ hehe.


saja letak gambar. nak memeriahkan lagi post. haha~
orang cakap, tips nak bagi orang tak bosan untuk baca post,
letak gambar. okey? 
sila gunakan lah tips ini. 
dan satu lagu, jangan guna bahasa sms. menyampah! 

byeee~ =)

Wednesday, June 29, 2011

photoshoot.

hai bloggers =)

aku ni ade sorang sepupu. sepupu aku ni ada DSLR canon.
dan dalam 2-3 hari lepas, dia dok menggila nak photoshoot.
jadi dia ajak aku, dan sepupu aku lagi 2 orang.
dia nak pegi shoot kat taman tengku anis tu.
jadi aku la yang drive. 

mula2 tu aku macam malas la. bukan ape. aku tak pandai la
nak posing posing bagai. malu lah. hahaha~
tapi dia macam nak pegi sangat. so pegi je lah.
siap belanja aku makan tu. terima kasih yee~ hee~

sampai sampai je, terus amik gambar.
memang gila sakan lah. tak kire la posing camna pon. amik je.
so korang layan la sedikit sebanyak yang ade. haha~
best jugak photoshoot ni. kihkih~














memang sume ni aku da upload kat facebook da.
tapi tak kisah la kan. banyak lagi sebenarnya.
aku je tak larat nak compresskan.
banyak sangat.

papepon, aku still enjoy gila shooting.
dan kepada abang yang ajak aku join dowang shoot ngan model dorang,
"sori abang, saya lari. saya tak pandai posing"
haha. dan, abang, "model abang cun lah!"
ngehehehehehehe! ;)