.

FOLLOW, FOLLOW, FOLLOW klik sini yerr ^^,

semua cerita-ceriti di dalam blog Tentang ZUWAIRI adalah berkisar tentang kisah yang aku alami dalam hidup aku yakni kisah-kisah benar semua. aku bukan mahu tarik publisiti murahan ke hape, tapi aku sekadar ingin berkongsi Tentang AKU!

Sunday, January 30, 2011

Hidup macam belayar la kan?

Hidup kite ni macam kapal, yang belayar ditengah lautan.
tapi kapal tak sama macam hidup kita..
atau senang nak cakap, kita ni nakhoda kapal la.
bila jadi nakhoda ni, kene kemudi kapal.
macam tu la kita. nakhoda kehidupan.

ada kala, kita diserang ribut taufan.
ada kala, kita diserang ombak besar.
hingga kita terumbang-ambing, 
hingga kita hilang arah tuju, mahupun harapan.
bila seseorang nakhoda hilang harapan, maka karam lah kapalnya.
namun jika dia ade secenonet harapan, kapal yang rosak, masih lagi kuat.
rela berjuang demi nakhodanya.

jika berlayar, bawa la segunung ilmu, segunung kekuatan.
tapi jangan la bawa sebukit harta atau sebukit emas,
kerana dengan bebanan tu, kapal akan karam di tengah lautan.
jadi la nakhoda yang bijak, nakhoda yang kuat,
agar dapat sampai ke destinasi dengan tabah.

hidup aku, aku lah nakhoda.
mungkin aku masih lagi belajar, dan tidak mampu buat semua dengan betul.
aku hanya nakhoda muda yang hanya mengikut nafsu durjana,
dalam mengawal kapal aku.
tapi, aku sedar, hidup tak sentiasa hanya ada kebahgiaan,
sku juga sedar, air takkan sentiasa tenang.
setiap keputusan aku ambil, aku mesti buat percaturan dulu,
agar kapal aku teguh dan tak berkarat.

aku tak mahu jadi nakhoda tanggang.
tapi aku nak jadi nakhoda Zuwairi.
nakhoda yang sentiasa berjasa,
nakhoda yang tak lupa asal usul.
nakhoda yang bijaksana.
nakhoda yang tepat keputusannya.

dan disini la bermulanya,
Tentang Nakhoda ZUWAIRI. =)


Tuesday, January 25, 2011

Testing, testing, testing~

saje2 je nak test..
maklum la tadi keje dok meng'edit' blog jer.
haha~
weh.. cun gak kan? keh keh~
chow~

Monday, January 24, 2011

AKU TIDAK PANDAI BERCERITA

salam bloggers.. 

aku sebenarnye tak pandai untuk bercerita.
tak kisah la nak bercerita dalam blog ke, kt luar ke.
aku memang tak pandai.
aku tak taw mane nak star, mane nak klimaks, mane nak suspen,
mane nak jenaka, mane nak konklusi, mane nak ending.
aku tak taw nak atur macam mana.
aku juga tak taw nak gune nada-nada yang sesuai dengan cerita aku.
haha.. 

tapi aku ade banyak benda nak ceritakan kat korang2 semua.
cuma tak taw nak cerita macam mane je.
 kalau dalam blog ni, aku cuba amik contoh kat blog-blog lain.
balaja care dorang bercerita, ber'narrate', buat jenaka.
aku cuba praktik. tapi tetap same. hambar. haha~

takpe lah. klau ade yang sudi membaca, aku nak ucap trimas banyak-banyak.
demi yang sudi membaca, aku akan cube baiki lagi kelemahan aku ni.
practice makes perfect kata aku. har har~
tak kisah la sapa2 kata pon kan? asalkan maksud dia tu memang betol. =)

aku tidak akan ceritakan tentang AKU pada orang len.
tapi aku akan ceritakan dalam Tentang ZUWAIRI.. =D