.

FOLLOW, FOLLOW, FOLLOW klik sini yerr ^^,

semua cerita-ceriti di dalam blog Tentang ZUWAIRI adalah berkisar tentang kisah yang aku alami dalam hidup aku yakni kisah-kisah benar semua. aku bukan mahu tarik publisiti murahan ke hape, tapi aku sekadar ingin berkongsi Tentang AKU!

Sunday, January 30, 2011

Hidup macam belayar la kan?

Hidup kite ni macam kapal, yang belayar ditengah lautan.
tapi kapal tak sama macam hidup kita..
atau senang nak cakap, kita ni nakhoda kapal la.
bila jadi nakhoda ni, kene kemudi kapal.
macam tu la kita. nakhoda kehidupan.

ada kala, kita diserang ribut taufan.
ada kala, kita diserang ombak besar.
hingga kita terumbang-ambing, 
hingga kita hilang arah tuju, mahupun harapan.
bila seseorang nakhoda hilang harapan, maka karam lah kapalnya.
namun jika dia ade secenonet harapan, kapal yang rosak, masih lagi kuat.
rela berjuang demi nakhodanya.

jika berlayar, bawa la segunung ilmu, segunung kekuatan.
tapi jangan la bawa sebukit harta atau sebukit emas,
kerana dengan bebanan tu, kapal akan karam di tengah lautan.
jadi la nakhoda yang bijak, nakhoda yang kuat,
agar dapat sampai ke destinasi dengan tabah.

hidup aku, aku lah nakhoda.
mungkin aku masih lagi belajar, dan tidak mampu buat semua dengan betul.
aku hanya nakhoda muda yang hanya mengikut nafsu durjana,
dalam mengawal kapal aku.
tapi, aku sedar, hidup tak sentiasa hanya ada kebahgiaan,
sku juga sedar, air takkan sentiasa tenang.
setiap keputusan aku ambil, aku mesti buat percaturan dulu,
agar kapal aku teguh dan tak berkarat.

aku tak mahu jadi nakhoda tanggang.
tapi aku nak jadi nakhoda Zuwairi.
nakhoda yang sentiasa berjasa,
nakhoda yang tak lupa asal usul.
nakhoda yang bijaksana.
nakhoda yang tepat keputusannya.

dan disini la bermulanya,
Tentang Nakhoda ZUWAIRI. =)


2 Komen:

A I N F E L said...

heee... suke erk baju sy beli...?

Zuwairi Rapi said...

pakai sokmo nih.. haha~